Thursday, January 8, 2009

AL-KISAH

tup,tap,tup,tapkedengaran bunyi tapak kasut cikgu siber.tingkatan 3 cempaka yang tadinya bising tiba-tiba senyap. cikgu siber pun masuk ke kelas 3 cempaka..

Guru : bangun
Pelajar : selamat pagi cikgu
Guru : selamat pagi sahaja? petang dan malam kamu tidak mendoakan saya?
Pelajar : selamat pagi,petang dan malam cikgu.
Guru : panjang sangat tak pernah dibuat orang, ucap selamat sejahtera sahaja cukulah.
Pelajar : selamat sejahtera sahaja cikgu.
Guru : apalah budak2 ni. Baiklah, hari ini saya akan mengajar kamu tentang perkataan
berlawanan. Tinggi
Pelajar : rendah
Guru : malam
Pelajar : siang
Guru : bulan
Pelajar : kecil
Guru : salah tu
Pelajar : salah ni
Guru : saya kata kecil salah
Pelajar : kami kata kecil betul
Guru : ini bukan soalan bodoh!
Pelajar : ini bukan jawapan pandai!
Guru : ya, tuhan
Pelajar : ya, hamba
Guru : berhenti-henti
Pelajar : mula-mula
Guru : cukup-cukup
Pelajar : kurang-kurang
Guru : malas saya mengajar kamu
Pelajar : rajin kami belajar guru

dengan perasaan yang amat bengang cikgu siber pun keluar dari kelas 3 cempaka...

No comments:

Post a Comment